Data sistem sedang dibaca, sila tunggu sebentar...
Berita Jin Online
Penggabungan Server Zeus + Hermes
Sebarkan di Facebook ⇒ Sebar
Berita l Wed Oct 04, 2017 10:22 am
Pihak Rasmi Jin Online ingin mengumumkan penggabungan server pada 12-10-2017 Rabu, 10:00 pagi. Server akan ditutup buat sementara waktu untuk mengelakkan sebarang gangguan semasa penggabungan server dijalankan, notis akan diberi apabila penggabungan server tamat dan server dibuka semula.

Server yang akan digabungkan adalah Zeus dan Hermes

Sila lihat bawah untuk senarai nama server selepas penggabungan.

 Nama Server Lama Nama Server Baru
 Zeus + HermesZeus



Server Zeus adalah server utama manakala Server Hermes dalah server yang akan digabungkan ke server utama. Beberapa pekara pemain perlu tahu iaitu:

Karakter
1. Karakter pemain tidak akan dipadam.
2. Jika pemain mempunyai karakter disemua server. Karakter di dalam Server Hermes akan menjadi karakter Mannequin.
3. Jika pemain yang tidak mempunyai karakter di dalam Server Hermes, pemain hanya perlu membuat karakter di dalam server utama dan perlu mencapai level 50 untuk membuat mannequin. Dengan membuat mannequin pemain boleh mewujudkan kembali karakter yang hilang.

Legion dan Family
1. Legion dan family yang telah ditubuh tidak akan dipadam.
2. Kawasan jajahan Family dan legion akan dipadam.

Gerai dan Istana
1. Tapak gerai dan Istana, pemilik yang mempunyai nilai belian tertinggi akan menyimpan. Manakala pemilik yang kehilangan tapak boleh mengambil kembali emas dari sistem seperti biasa.

Nama
1. Jika terdapat 2 nama yang sama, pemain boleh mengubah nama tersebut dengan berjumpa dengan NPC khas.
Para pemain perlu menyediakan ruang mannequin yang secukupnya. Jika senarai mannequin penuh, sistem akan memadam karakter mannequin yang mempunyai tahap paling rendah atau lemah.

Acara untuk Server Zeus
1.Acara untuk Zeus adalah Double EXP. Ianya akan bermula pada 12-10-2017 jam 10.00 pagi sehingga 19-10-2017 jam 23.59 tengah malam.

Selamat bermain Jin Online.